Sunday, December 27, 2009

Selamat Pengantin Baru buat Madarina & Azmir






Salam buat semua Ahli PERDU,

REMBAU,N.Sembilan., 27 Dec 2009.

Saat yang di tunggu telah tiba, pada hari Jumaat, 25/12/2009 jam 10.00 mlm, pasangan PERDU Sdri. Madarina Bt Hj Ismail & Sdr.Nor Azmir Hj Hamzah telah selamat diijabkabulkan oleh bapa kandung pengantin perempuan, iaitu Tn. Hj Ismail Duseh dalam suasana yang penuh meriah rumahnya di Senama, Rembau, N.Sembilan. Majlis dihadiri ramai saudara mara dari kedua dua belah pihak keluarga pengantin.

Majlis persandingan diadakan pada 26/12/2009 di Senama Hulu di ikuti dengan majlis persandingan di rumah keluarga lelaki pada 27/12/2009.



Hj Ismail Duseh bersama isteri Hjh Tri Rahayu Marso.



Pasangan Pengantin Baru keluarga Tn. Hj Ismail.



Pihak keluarga Pengantin Perempuan diwakili oleh Pak Cik Mustafa, Pak Ngah Mohamed Noh & Pak Uda
Malek untuk memulakan majlis pernikahan.



Tepak sireh pembuka bicara majlis.



Lafaz ijab & kabul disempurnakan oleh Nor Azmir dihadapan bapa pengantin perempuan.



Madarina setia menunggu saat untuk diijabkabulkan.


Majlis membatalkan wudhu tanda sempurnanya ikatan suami isteri yang sah.



Terharu dalam pelukan ibu selepas majlis akad nikah.



Wahhh.....banyak nyaaaaaaaaa







Mengiringi rombongan pengantin menuju ke rumah keluarga pengantin lelaki.



Para pembawa bokoooo..........


Keluarga Pengantin Lelaki........pun orang Rembau.
Dokek joo...





Kedua mempelai sama cantik sama padan.





Lapuran:- S/U PERDU @ Pak Tam Kita.
27th Dec 2009.






1 comments:

edyan7 said...

cantek nye pengantin dan pelamin bunga2 ros tu... maaf tak dapat hadir... pulang ke terengganu atas panggilan mertua...:D semoga bahagia ke anak cucu dan akhir hayat!

Post a Comment