Saturday, October 31, 2009

PENGENALAN PERDU (sila baca n update)


Assallamualaikum,
Kepada Semua Ahli Keluarga Duseh......

Alhamdullilah ...... tahniah..... tahniah.... Kita dah ada blog sendiri untuk berkumpul dan berinteraksi atas nama PERDU yang menjadi platform keluarga kita selama ini. Sedar tak sedar, PERDU dah menempuh usia 20 tahun (tahun hijrah). Penubuhannya bermula pada sambutan Aidil Fitri di Kajang pada tahun 1991 dan terbaru di Rompin, Pahang pada Sept 2009. Tahun 2010 kita ke Shah Alam.....rumah Dr Ahmad Shahirul/Dr Ravita. Usaha mempertemukan semua ahli keluarga DUSEH pada setiap hari raya Aidil Fitri ke-3 telah berjaya membentuk satu institusi kekeluarga yang kuat dan dibanggakan oleh semua ahlinya. SYABAS.....

Penubuhan PERDU dibina atas dasar kesedaran serta kasih sayang yang wujud diantara bapa serta ibu kita yang berasal dari datuk kita Allahyarham Duseh Bin Hj Harun bersama 2 orang isteri beliau Arwah Hjh Asum Bt Ahmad (4 orang anak) & Hjh Siti Khatijah Bt Hassan (11 orang anak).

PERDU bermaksud rumpun @ pangkal sebatang pokok, dimana tunjang asas yang membentuk sebatang pokok yang akan memberi kekuatan kepada semua bahagian yang ada pada sebatang pokok dari akar, batang, dahan, ranting hinggalah ke daun dan pucuknya. Jadi PERDU lah yang kita rujuk dalam membentuk salsilah keluarga kita dari keturunan Duseh Bin Hj Harun bersama dua orang isteri beliau.

Kita semua ni adalah pewaris mereka terdiri dari anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit.......Keluarga allahyarham Duseh Bin Hj Harun.

Marilah bersama kita pertingkatkan Ukhuwah dan silaturrahim sesama ahli PERDU menerusi laman blog ini. Semoga berkat usaha kita ini akan berterusan hingga ke generasi seterusnya. Insyallah.

S/U PERDU
Oct 2009.

0 comments:

Post a Comment